Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committe) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak tarikh itu.
Objektif pelaksanaan Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan adalah bagi mengatasi kekurangan sementara guru di sekolah apabila terdapat ketiadaan guru yang selama ini diisi dengan guru ganti yang tidak mempunyai kelayakan ikhtisas atau pengalaman.
Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan.
Perkhidmatan Pelajaran di Malaysia telah melalui perubahan dalam pelbagai aspek perkhidmatan termasuk sistem saraan. Sistem saraan perkhidmatan pelajaran adalah berasaskan kepada program penambahbaikan yang dilaksanakan oleh Kerajaan dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor awam. Selari dengan usaha tersebut, pelbagai pakej sistem saraan dan insentif yang menarik telah diwujudkan ke arah peningkatan martabat profesion keguruan ke tahap yang ada masa kini.
Buku Panduan Kempen Ponteng Sifar telah ditulis khususnya untuk digunakan oleh Guru Penolong Kanan (HEM) dan Guru Kaunseling di Sekolah-Sekolah Daerah Segamat. Penulisan buku ini adalah hasil usaha dan inisiatif Majlis Guru Besar, Majlis Guru Kanan HEM Sekolah Menengah Dan Rendah serta Majlis Guru Kaunseling Sekolah Menengah dan Rendah bersama Pejabat Pelajaran Daerah Segamat Johor.
Portal ini sesuai dilayari menggunakan Apple Safari 5.0, Google Chrome 7.0, Mozilla Firefox 3.0 dan Opera 10.6 |