Kaedah kenaikan pangkat Guru Cemerlang telah diluluskan oleh Kerajaan pada tahun 1994 secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi guru-guru yang benar-benar cemerlang dalam mata pelajaran yang diajar atau dalam bidang pengkhususan masing-masing selari dengan usaha memartabatkan profesion keguruan. Pelaksanaan kaedah ini adalah untuk mencapai tujuan berikut:

  • Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.
  • Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
  • Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain.
  • Meningkatkan motivasi guru.
  • Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang.
  • Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.
  • Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.
  • Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP).