1. Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Terdapat pihak yang mengklasifikasikan peribahasa seperti berikut:

  • Peribahasa selapis yang terdiri daripada pepatah, bidalan dan perbilangan (pepatah).
  • Peribahasa berlapis, iaitu perumpamaan
  • Lidah pendeta

Namun ada juga yang membahagikan peribahasa seperti berikut:

Walaubagaimanapun, dua jenis perlambangan di bawah tidak dikategorikan sebagai peribahasa iaitu:

  • Kiasan
  • Metafora

2. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (Persuratan Melayu), Peribahasa boleh dijelaskan sebagai ayat atau kelompok kata yg mempunyai susunan yg tetap dan mengandungi pengertian tertentu ataupun digelar juga bidal, pepatah. Maksud susunan kata peribahasa tidak boleh diterjemahkan perkataan demi perkataan. Sebaliknya, susunan kata tersebut mempunyai maksud tertentu.

Contoh: Bertanam tebu di pinggir bibir.

Kesimpulan

Berdasarkan definisi yang dijelaskan di atas, dapatlah kita simpulkan di sini bahawa Peribahasa merupakan salah satu seni percakapan yang dicipta oleh nenek moyang kita yang mengandungi maksud yang jelas serta kebenaran yang jitu berdasarkan pemerhatian mereka. Peribahasa juga dapat menyembunyikan kata-kata yang kasar seperti sindiran dan kekasaran yang diselimuti dengan kata-kata halus yang berkesan. Dengan ini fahamlah kita akan kekayaan dan keindahan alam peribahasa Melayu.