Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat. Ia mempunyai maksud dua lapis. Bagaimanapun bdalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai, laksana dan umpama.

Perbezaan antara bidalan dengan pepatah ialah bidalan lebih kerap digunakan, mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran. Sedangkan pepatah lebih ringkas sifatnya dan tidak mempunyai pengajaran.

Contoh bidalan :

  • Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan.
  • Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.
  • Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
  • Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, Baik juga negeri sendiri.
  • Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.