Pepatah atau perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama dengan pepatah dan bidalan. Namun, perbilangan disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi. Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan atau perkataan.

Ia berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat.

Contoh: 

  • Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
  • Hati manusia sama dicecah, hati gajah sama dilapah.
  • Cubit paha iri, paha kanan sakit juga.
  • Ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Perbilangan adat merupakan susunan adat dalam bentuk puisi yang mencerita dan menerangkan sesuatu dan berasal daripada masyarakat Melayu Minangkabau (adat/peraturan). Perbilangan adat ini berasal dan berkembang di daerah Minangkaba dan Palembang yang dikenali sebagai 'Adat Minangkabau'.

Di Malaysia, perbilangan adat ini banyak diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan, iaitu digunakan dalam Adat Pepatih. Perbilangan adat ini diperturunkan dari mulut ke mulut, dari satu generasi ke satu generasi. Perbilangan adat ini mengalami perubahan dan kesesuaian mengikut keadaan dan zaman, seperti pada kedatangan Islam, perbilangan adat mengalami penyesuaian dengan ajaran Islam seperti yang dibuktikan oleh perbilangan ini :

  • Adat bersendi hukum
  • Hukum bersendi Kitabullah
  • Kuat adat, tak gaduhkan hukum
  • Kuat hukum, tak gaduhkan adat
  • Ikut hukum, muafakat
  • Ikut adat muafakat