Perumpaan tergolong dalam peribahasa berlapis, iaitu mengandungi makna tersurat dan tersirat. Terdapat dua bentuk perumpamaan, iaitu:
a) yang menyatakan perbandingan secara terang-teragnan
b) dan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan.

Perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-teranan didahului dengan kata-kata perbandingan seperti, umpama, bagai, laksanaibarat dan baik; manakala perumpamaan yang tidak disebutkan perbandingan tidak didahului kata-kata perbandingan tersebut.

Contoh perumpaan yang disebut perbandingan :
a. seperti katak di bawah tempurung.
b. umpama kaca dengan permata.
c. Bagai pungguk rindukan bulan.
d. Ibarat air di daun keladi.
e. laksana katak diharung ular.
 
Contoh perumpamaan yang tidak disebut perbandingan :
a. Genggam bara api biar sampai jadi arang.
b. Diberi betis hendak peha.
c. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.