BIL

PERKARA

TINDAKAN

1

Mengenal pasti murid-murid yang ponteng selama 10 hari secara bekala melalui Jadual Kedatangan Murid (JKM)

Guru kelas

2

2.1 Menghantar Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah : Amaran Pertama kepada ibu bapa / penjaga

2.2 Perbincangan dengan ibu bapa / penjaga untuk mencari punca murid ponteng.

2.3 Memberi cadangan kepada ibu bapa bagi memastikan anak / jagaan mereka hadir ke sekolah

2.4 Jika tiada masalah besar, kes dianggap selesai dan murid dianggap sebagai tidak hadir bersebab.

Guru kelas
Guru disiplin
PK HEM

3

3.1 Murid yang mempunyai masalah serius,akan dirujuk kepada kaunselor untuk sesi kaunseling

3.2 Kehadiran murid ini akan dipantau oleh guru kelas seperti menghubungi ibu bapa / penjaga dengan segera jika murid tersebut tidak hadir ke sekolah

Guru Bimbingan dan
Kaunseling

4

Sekiranya masih ponteng 3 hari lagi secara berkala ( Hari ke-13 ) hubungi ibu bapa/ penjaga

Guru kelas / Guru yang diberi kuasa

5

Mengenal pasti murid yang tidak hadir selama 10 hari lagi ( Hari ke-20 ) selepas amaran pertama dikeluarkan secara tidak berturut-turut melalui JKM

Guru kelas

6

 

 

 

 

 

 

6.1 Menghantar Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah ; Amaran Kedua kepada ibu bapa / penjaga

6.2 Perbincangan dengan ibu bapa / penjaga punca murid ponteng

6.3 Jika punca yang sama, ibu bapa / penjaga dicadangkan menggunakan pendekatan yang berbeza seperti meminta murid berkenaan menandatangani surat akur janji

6.4 Murid ini juga akan dirujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling untuk sesi kaunseling secara berkala

6.5 Jika murid tersebut tidak lagi ponteng sekolah, kes dianggap selesai

Guru kelas
Guru Bimbingan dan
Kaunseling
PK HEM
Pengetua

7

Murid dihantar untuk sesi bimbingan dan kaunseling

Guru Bimbingan dan Kaunseling

8

Sekiranya masih ponteng berturut-turut 3 hari lagi ( Hari ke-23) hubungi ibu bapa / penjaga

Guru kelas / guru yang diberi kuasa

9

Mengenal pasti murid yang sama melakukan kesalahan ponteng selama 20 hari secara berkala selepas Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah : Amaran Kedua dikeluarkan ( Hari ke-40 )

Guru kelas

10

 

 

 

 

10.1 Menghantar Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah : Amaran Ketiga kepada ibu bapa / penjaga

10.2 Perbincangan dengan ibu bapa / penjaga dan menjelaskan tindakan buang sekolah akan dikenakan, jika murid berkenaan masih ponteng selama 60 hari secara berkala

10.3 Jika murid tersebut tidak lagi ponteng sekolah, kes dianggap selesai

Guru kelas

11

Murid dihantar untuk sesi bimbingan dan kaunseling.

Guru Bimbingan dan Kaunseling

12

Sekiranya masih ponteng berkala 3 hari lagi
( hari ke-43 ) hubungi ibu bapa / penjaga.

Guru kelas / guru yang diberi kuasa

13

Mengenal pasti murid yang ponteng selama 20 hari secara berterusan selepas Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah : Amaran Ketiga dikeluarkan ( Hari ke-60 ) Hubungi ibu bapa / penjaga murid dan nyatakan kesalahan.

Guru kelas

14

14.1 Menghantar Surat Buang Sekolah kepada ibu bapa / penjaga jika sabit kesalahan

14.2 Murid dibenar meneruskan persekolahn jika memberi sebab yang munasabah.

Guru kelas
PK HEM
Pengetua

15

Rekod kes / Kes selesai