Keberkesanan tindakan terhadap kes ponteng sekolah bergantung pada sikap guru kelas yang memberikan kerjasama berterusan kepada pentadbir sekolah. Pihak polis dan komuniti juga dapat membantu menangani masalah ponteng sekolah dengan memberikan maklumat kepada pihak sekolah untuk diambil tindakan segera jika berlaku kes ponteng sekolah di kawasan mereka.